Tuesday, 14 August 2012



NAK DAPAT DUA JUTA BUKAN SUSAH...LEPAS NI KORANG KUA FATWA HARAM UNDI PAS...SILAP2 DAPAT 10 JUTA..KUIKUIKUIKUIKUIKUIKUI....


snang gler nk dpt duit..kua fatwa sket yg sokong puak umno...dh dpt pruntukan..kuikuikui...sbb tu kaki ampu suka sgt mengampu..tp dpt 20 rggit je slalunya..kuiikuikuikui.....

dunia skrg psal duit...dpt duit tahi beruk pun bau wangi...kuikuikuikui......

apesal xnk bntu sblum2 ni???byk lg rkyat lain susah..kikikikikiki

Sunday, 12 August 2012


KISAH MUSTAFA KAMAL ARTARTUK (Bapa Pemodenan Turki)

Sudah hampir 82 tahun bumi tanduk emas, gersang dengan pemerintahan yang diredhai Allah, bukan salah khalifah yang terakhir sebagai perosak ,dan bukan pula salah sistem pemerintahan itu sendiri, tetapi rakyat Turki yang sedar menyalahkan “bapa pemodenan turki” iaitu jelmaan Firaun ke-2 selepas Raja Ramses 2 yang terkenal dengan kezalimannya memerintah rakyat Mesir pada zaman Nabi Musa A.S., bezanya… Ataturk adalah seorang firaun di zaman moden. Itulah pemimpin yang dianggap sebagai penyelamat Turki oleh puak-puak Orentalis dan pengkaji-pengkaji barat, sedangkan sebenarnya beliau bukanlah seorang penyelamat. Bahkan beliau adalah seorang bapa perosak agama di atas nama agama itu sendiri.


Mustafa Kemal Ataturk, anak kelahiran Salonika, Greece ini telah banyak mengenengahkan idealisma-idealisma yang merosakan pemikiran rakyat Islam Turki. Kelahirannya yang dikatakan masih kabur dan kurang jelas dari segi catatan masa, hari, bulan dan tahun menjadikan beliau sebagai salah seorang pemimpin yang popular (dengan kezalimannya), tetapi beliau sendiri yang mencatatkan tarikh kelahiranya pada 19 Mei iaitu hari di mana beliau mendarat di bandar Samsun berhampiran dengan Laut Hitam, di utara Anatolia, di mana tempat ini beliau mula melancarkan gerakan Pembebasan Turki.

Sejarah telah membuktikan rekod buruk Mustafa ini dari sejak kecil lagi. Ada yang berpendapat Mustafa ini adalah seorang anak luar nikah yang telah diprogramkan oleh Yahudi untuk meruntuhkan Islam dan berkemungkinan bapa beliau adalah seorang Yahudi Donme iaitu Ali Riza suami rasmi Zubeyde (Zubaidah). Ali Riza pula terkenal pula dengan sikapnya yang kuat minum arak dan terlibat di dalam angkatan tentera, selalu meninggalkan isterinya dan beliaulah yang bertanggungjawab menanamkan fahaman sekular kepada anaknya. Sejak Mustafa kecil lagi beliau ingin anaknya dididik dengan sistem barat dan mempersiapkan diri dengan ideologi-ideologi sekular.


Zubeyde pula bonda kepada Firaun moden, sangat membenci anaknya ini dan seumur hidupnya beliau tidak pernah menyusukan Mustafa, mungkin kerana anak itu tidak dapat dipastikan siapakah bapanya. Zubeyde hanya memberi Mustafa menikmati susu dari ibu susu yang berkulit hitam dan bukan dari badannya sendiri. Keburukan Mustafa semakin terserlah apabila beliau tidak berminat dengan didikan agama dan beliau sering menentang serta membenci guru-guru agamanya di sekolah dan sebaliknya pula beliau cukup berminat dengan cara pendidikan barat, maka tidak hairanlah sekiranya beliau pernah mendapat pendidikan khas dari gereja Kristian selepas kematian bapanya yang diserang penyakit istentinal tuberculosis.

Bukan itu sahaja Mustafa juga gemar mengunjungi kedai-kedai arak dan juga mengunjungi rumah- pelacuran sebagai tempat untuk beliau berhibur dengan perwatakanya yang agak menarik beliau gemar memikat perempuan umtuk memuaskan kehendak hatinya dan beliau juga seorang kaki judi. Beliau suka bermain judi dari malam hingga ke pagi dan tabiat paling buruk firaun moden ini, beliau dikatakan seorang biseksual dan gemar melakukan hubungan seks di luar tabie di kalangan pelajar sekolah. Sekiranya nafsu sedang menguasai dirinya dengan mudah sahaja beliau dapat memenuhinya dengan apa yang dicita iaitu dengan mengalihkan pandangan masyarakat bahawa beliau adalah bapa angkat kepada pelajar-pelajar tersebut. Sungguh aneh seorang pemimpin yang terlalu jijik sikapnya ini disanjung tinggi oleh masyarakat dunia dan mendapat pengiktirafan “Bapa Pembangunan Turki Moden”



“Walaupun kamu membayar kepada saya emas sepenuh dunia ini, hatta 150 juta pound sterling emas sekali pun, saya tidak akan dapat memberikan apa yang kamu pinta itu.Saya telah berbakti kepada agama Islam dan umat Muhammad selama 30 tahun. Selama itu saya tidak pernah mengotori lembaran-lembaran sejarah kaum muslimin, ibu bapaku dan nenek moyangku, serta sultan-sultan dan khalifah-khalifah Othmaniyah. Kerana itu, saya dengan pasti tidak dapat mengkabulkan permintaan kamu”



Kata-kata Sultan Abdul Hamid II ini menggambarkan beliau adalah pemimpin yang benar- benar mempertahankan kesucian bumi Islam daripada dijajah Yahudi. Walaupun beliau dianggap selemah-lemah pemimpin tetapi dengan keazaman dan kekuatan rohani serta cintakan Islam, bumi Palestin tetap dipertahankan. Walaupun Theodor Hetzl menawarkan seluruh harta kekayaan Rotschild kepadanya, namun tawaran tersebut telah ditolak oleh pemimpin agung ini. Akibat daripada mempertahankan bumi Palestin daripada diduduki Yahudi, Sultan Abdul Hamid II digulingkan daripada pemerintahannya pada tahun 1909 dan dipenjarakan di Salonika, Greece, di mana terdapatnya ribuan Yahudi Donme berkumpul.

Akhirnya pada tahun 1922, di zaman pemerintahan Sultan Mohammad IV sistem kesultanan dimansuhkan walaupun Sultan Abdul Majid masih lagi kekal di atas takhta sebagai boneka selepas pemansuhan sistem tersebut. ‘Republik Turki’ yang diimpikan oleh Ataturk telah dilaksanakan dengan rasminya pada tahun 1923 dan Ataturk telah menjadi ketua negara yang pertama pada 20 Oktober 1923. Dengan terlantiknya pemimpin sekular agung ini, maka dengan rasminya sistem khalifah tidak dibenarkan lagi beroperasi di Turki pada 3 Mac 1924. Dengan itu berakhirlah sebuah Daulah Islam yang agung, digantikan oleh sebuah Daulah Sekular di bawah kepimpinan “Mustafa Kemal Ataturk.” (nama Kamal diberikan oleh guru-gurunya semasa di sekolah, dan kalimah Ataturk yang bermaksud “Bapa Turki” pula diberikan sejurus selepas kejayaan beliau menghapuskan khilafah Othmaniyyah dengan sebuah pemerintahan sekular republik)

Setelah Ataturk berjaya mensekularkan bumi Othmaniyah, banyak pula ulamak yang masih teguh dengan amalan-amalan mereka dibunuh terutama ulamak –ulamak sufi dari pelbagai tareqat contohnya, halaqah-halaqah tareqat Naqsyabandiah, Qadiriyah dan Ghazaliah, mereka dianggap seperti kumpulan rahsia yang merancang untuk menjatuhkannya daripada tampuk pemerintahan. Ini dapat dilihat sepertimana kata-kata beliau di dalam sebuah buku yang bertajuk “Ataturk’s Republic of Culture yang boleh didapati di mana-mana kedutaan Turki yang mana beliau telah menyatakan bahawa republik Turki tidak akan didiami oleh sheikh-sheikh dan ahli-ahli tareqat yang bersangkut paut dengan alam kerohanian. Dengan kuasa yang ada, Ataturk telah membuat dasar pelaksanaan negara melalui ideologi Kemalismanya yang jauh menyimpang dari ajaran Islam.

Dasar pelaksanaan yang diutamakan di dalam negara Republik Turki adalah tidak mengambil Al-Quran dan Hadis sebagai perlembagaan negara. Sudah pasti dasar-dasar ini jauh menyimpang dari dasar Khilafah Othmaniyah dan juga bukti beliau menolak pegangan akidah umat Islam secara total. Salah satu daripada siri ucapannya di bandar Balikesir, beliau menegaskan bahawa agama terpisah dengan urusan harian bahkan mendakwa Nabi Muhammad SAW telah berbuat demikian. Satu lagi ucapan daripada siri ceramahnya, beliau menegaskan bahawa mana mungkin sebuah negara menjadi maju, jika orangnya tidak berpakaian secara moden, mendedahkan dengan katanya,

“saya pasti pakaian berpurdah ini adalah suatu yang menyeksa dan menyakitkan, biarkan mereka tunjukkan muka-muka mereka kepada dunia dan tidak ada apa yang perlu yang ditakutkan jika anda tidak berpurdah (menutup kepala)!”

Manakala golongan pemerintah, kuncu-kuncunya dari kalangan menteri dan wakil rakyat diajar menjadi perompak-perompak terhormat dengan mengaut kekayaan rakyat untuk menjadikan mereka sebagai golongan yang berharta. Dasar ini terus dilaksanakan sehingga ke hari ini hinggakan peminta sedekah, fakir miskin, anak yatim, orang-orang tua dan janda-janda disisihkan di setiap persimpangan jalan. Sebagai menandakan Turki adalah sebuah negara maju, terdapat banyak binaan tugu-tugu dan patung-patung di dalam negara di mana binaan-binaan ini dimegah-megahkan dan disanjung tinggi terutamanya patung ukiran dirinya sendiri sehingga beliau sanggup menjemput arkitek-arkitek dari luar negara untuk mengaburi mata rakyat bahawa beliau ini memajukan Turki. Dengan dasar dan idea ini jelas sekali Ataturk ingin membuktikan bahawa beliau juga adalah seperti Firaun Ramses II yang memerintah Mesir dengan suka bermegah-megah bersama binaan Sphinx dan pir, sehingga Allah menenggelamkan Firaun itu bersama keangkuhannya di dasar Laut Merah. Bukan itu sahaja, projek yang membazir juga diusahakan dengan menggunakan wang yang banyak seperti membesarkan tempat-tempat peleseran, sehinggakan apabila tiba waktu untuk beribadat, masjid lengang dan kosong. Kebanyakannya manusia lebih suka menjalankan aktiviti masing-masing di tempat tersebut bahkan azan yang dilaungkan oleh muazzin dianggap seperti tidak bernilai. Si Firaun moden ini telah mengubah kalimah azan dari bahasa Arab ke bahasa Turki. Begitu juga dengan Al-Quran dan amalan sembahyang Jumaat diterjemahkan di dalam bahasa Turki. Sebarang bentuk tulisan yang berbahasa Arab dan Parsi tidak dibenarkan sama sekali dilaksanakan di dalam pentadbiran sepertimana yang telah diterangkan di dalam buku “Ataturk’s Republic of Culture”. Beliau telah menarik keluar asas penerapan Islam dari setiap institusi Turki dan secara peribadi beliau mengarahkan Al-Quran diterjemahkan ke dalam bahasa Turki. (He rooted out islam’s pervasive impact on the institutions of Turkey, but he personally ordered that the Koran should be translated into Turkish). Walaupun pelbagai pihak tidak bersetuju dengan pelaksanaan ini, namun ia tetap dilaksanakan.


Satu lagi dasar yang merosakkan akidah dan pemikiran rakyat Turki, Ataturk membenarkan muzik-muzik haram, program tari menari, pergaulan bebas, panggung wayang lucah, upacara mengangkat sembah, pendedahan aurat, arak, judi, zina dan sebagainya. Mustafa Kemal Ataturk pernah membuat hukum sendiri dengan mengubah hukum aurat wanita di dalam masalah purdah. Dengan fatwa songsang ini, ia telah mengarahkan rakyat Turki menjadikan wanita sebagai sumber kemaksiatan. Begitulah sikap pemimpin yang cuba membaratkan umat Islam dan buminya sepertimana yang terdapat di dalam buku “Ataturk’s Republic of Culture”, “…The movement of the through the centuries always maintained a straight course. We have always marched the East to West.”

Jelas sekali Ataturk bukan sahaja menolak dasar Islam, bahkan beliau ingin Islam itu dilucutkan terus dari jasad dan fikrah rakyatnya dengan mengisytiharkan bahawa saki baki nilai-nilai Islam dalam masyarakat Turki mesti dimansuhkan demi kemajuan negara. Namun apa yang dikatakan kemajuan oleh Ataturk jelas sama sekali tidak menampakan tandanya. Contohnya bandar Istanbul kekal lebih maju daripada bandar Ankara yang hanya dipenuhi dengan pusat-pusat hiburan berbanding dengan Istanbul yang dipenuhi dengan binaan-binaan masjid yang hebat. Kini Ankara hanya mempunyai kemajuan gersang dan selama ini rakyat Turki tertipu oleh omongan-omongan kosong Ataturk. Golongan yang masih teguh pendiriannya terhadap Islam mengatakan bahawa Ankara adalah bandar kemungkaran. Seperti yang pernah dinyatakan oleh Profesor Necmettin Erbakan, “…Istanbul adalah ibu kota ummah, sedangkan Ankara hanyalah ibukota Republik!”

Lantaran daripada pelaksanaan ideologi-ideologinya, Turki kini menghadapi pelbagai masalah yang tidak berkesudahan. Daripada bumi yang dikenali ramai sebagai sebuah empayar, kini Turki hanya menjadi kebanggaan bagi mereka yang meminati ideologi bangkrap sekular Ataturk, terutamanya pihak barat. Manakala orang-orang Timur pula tidak menganggap Turki sebagai sebahagian daripada mereka selepas Ataturk membanggakan dirinya dengan menyebut, “… We have always marched the east to west.”

Melalui cogankata ini, Turki mengalami kemerosotan sosio ekonomi yang amat dahsyat. Sehingga ke hari ini, Yahudi Donme terus menguasai ekonomi Turki termasuk di dalam bidang pelacuran. Sehinggakan cukai pendapatan yang terbesar di Turki pernah diperolehi daripada hasil pelacuran. Namun daripada sumber kotor ini, Turki masih lagi tidak dapat mengukuhkan ekonominya dan terus memegang gelaran antara negara berinflasi tertinggi di dunia. Bayangkan pada 27 Ogos 1998, nilai pertukaran mata wang Turki sebanyak USD1 boleh dinisbahkan kepada TL (Turkish Lira) 270,000 dan selepas 4 bulan, jatuh merudum kepada TL350,000.

Kejatuhan ekonomi Turki yang diwarisi sejak zaman Ataturk, hingga kini tidak dapat dipulihkan. Tambahan pula dengan berlakunya gegaran gempa bumi tanda murka Yang Esa pada 17 Ogos 1999 lalu. Ia menyukarkan lagi rakyat Turki untuk memulihkan ekonomi mereka. Inilah hakikat kehidupan, jika manusia masih leka dengan kemungkaran. Pembalasan Allah tidak kiamat bahkan, dibalas oleh Allah di atas dunia milikNya ini.


Sepertimana yang diterangkan dalam hadis Qudsi, Rasulullah SAW bersabda : “.. Allah SWT telah berfirman: Aku adalah Allah. Tiada Tuhan selain Aku. Akulah Tuan dan Raja segala Raja. Aku memegang hati-hati raja di dalam tanganKu. Bila orang ramai (rakyat) mentaatiKu, Aku akan menukar hati raja-raja menjadi kasihan belas serta sayang ke atas mereka. Bila orang ramai (rakyat) mengingkariKu, Aku akan mengarahkan hati raja-raja ke arah kemarahan dan dendam ke atas mereka. Dengan demikian raja-raja akan meletakkan mereka dalam kesusahan dan penderitaan. Maka daripada kamu mengutuk mereka (pemimpin yang zalim), adalah lebih baik kembali mengingatiKu dan merayu kepadaKu supaya Aku melindungimu daripada kekejaman mereka.”



Berdasarkan keterangan di atas, benarlah bahawa Ataturk yang dikatakan Bapa Pemodenan Turki itu bukanlah seorang wira anak bangsa, bahkan beliau lebih zalim daripada segelintir sultan-sultan terakhir Othmaniyah. Akhirnya pada 10 November 1938, Ataturk telah dicabut nyawanya dengan azab yang amat dahsyat sekali. Cara kematian yang Allah datangkan pada Ataturk ini, sama seperti yang Allah lakukan kepada pemimpin-pemimpin zalim terdahulu, seperti Firaun dan Namrud. Allah hanya menggunakan air laut untuk menenggelamkan Firaun dan seekor nyamuk untuk membunuh Namrud.


IDEOLOGI KAMAL ATARTUK DI TURKI


Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"
Menggalakkan minum arak secara terbuka.
Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
Menukar azan ke dalam bahasa Turki.
Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam
Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun.
Peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:
Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
Sakit jantung
Penyakit darah tinggi
Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia.

Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (saya tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap dengar) Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "Jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!" Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahu
           JALAN UTAMA BANDAR JENGKA?????SLURPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP
Kalau dah nama umno..duit ntah kmana la lesap...jalan dh la kecik,sempit,ni berlubang2 plak tu....aduiiiii sedih dgn pmerintahan puak gerombolan..padahal tiap2 ari lalu jalan yang sama...atau saje2 buat x nmpak...mcm mana nak laung hidup melayu kalau macam ni???kikikikikikiki...slurppppppppppp
SUDAH 54 TAHUN MERDEKA TAPI RAKYAT MASIH TIDAK MERDEKA DARI SEGI AIR"9 Ogos 2012 - Rata-rata penduduk Felda Kenanga Jengka 7 dekat sini, kembali gusar dengan masalah ketiadaan bekalan air menjelang perayaan Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi. Isu yang sudah puluhan tahun menghantui penduduk kini menjlema kembali walau pun berbagai ikhtiar dan usaha telah dilakukan oleh pihak yang berkenaan.



Malah, lebih mengecewakan Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang yang dulunya berada di bawah Kerajaan Negeri Pahang, kini sudah dikorporatkan menjadi Perbadanan Air Pahang Berhad (PAIP) sejak awal tahun ini, namun malangnya isu berkenaan tidak juga dapat diselesaikan sehingga ke hari ini.
 
Apa yang mengejutkan senarionya lebih buruk daripada tahun-tahun sebelumnya.
 
Menurut seorang penduduk yang tidak mahu namanya disiarkan kerana gusar dikenakan tindakan oleh Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Felda berkenaan berkata beliau terpaksa membeli tangki tambahan yang berharga hingga RM600 bagi persediaan menghadapi masalah ini.
 
"Bayangkan, rumah kami pernah tiada air selama sebulan baru-baru ini. Kami sungguh sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku. Sejak 40 tahun lalu, inilah masalahnya. Segala janji-janji yang ditaburkan oleh pihak berkenaan gagal dan kami terus menjadi mangsa .. menderita terutamanya ketika menjelang musim raya apabila anak-anak cucu mula pulang ke kampung.
 
Malu rasanya, bila kejadian ini terus menimpa walau pun selepas lebih 50 tahun kita merdeka. Bila diajukan perkara ini kepada pihak atasan, kami diugut dengan berbagai-bagai tindakan. Akhirnya terpaksalah kami tanggung derita dan sengsara ini berterusan entah sampai bila agaknya. Mana janji kerajaan untuk bela nasib kami?", kata mangsa terbabit.
"Jika dulu.. kami ada Wakil Rakyat untuk mengadu, tapi kini selepas beliau meninggal dunia nasib kami mungkin tidak lagi terbela. Tiada tempat lagi untuk kami mengadu. Alasan yang sama diberikan oleh pihak JBA dan kini PAIP.. bila ada wakil penduduk berjumpa mereka..
Kami terus hidup terseksa dan dirundung ketakutan senantiasa.. tambahan pula bila menjelang hari raya atau majlis-majlis kenduri kendara", kata beliau lagi dengan nada sungguh kecewa. 
Krisis air semakin teruk
6 Ogos 2012 
JENGKA 12 - Pemilik lapan rumah di Blok M dan N Felda Jengka 12 meminta pihak berwajib menyelesaikan krisis air dihadapi mereka berikutan keadaan semakin teruk setiap kali tiba bulan Ramadan. 
Penduduk, Syarifah Fatimah Syed Abu Bakar, 66, berkata, kedudukan rumah mereka di kawasan tanah tinggi dijadikan alasan punca air paip sukar sampai ke kediaman mereka. “Bukan tahun ini sahaja, malah keadaan itu berlaku sejak awal kemasukan ke tanah rancangan dahulu.
Namun sehingga kini masih belum ada penyelesaian. “Kami menghadapi masalah ini sejak sekian lama. Namun setiap kali Ramadan tiba, masalah air didapati semakin teruk hingga menyukarkan penduduk menjalankan urusan harian,” katanya. Dia berkata, air hanya dapat ditadah sekitar jam 12 tengah malam dan berhenti sekitar dua jam kemudian. 
Menurutnya, lebih menyakitkan hati apabila bil air diterimanya lebih mahal berbanding penduduk kawasan lain. “Bil air sekitar RM20 ke RM30 sebulan, sedangkan rumah yang menerima air 24 jam tanpa henti cuma membayar RM4 hingga RM6 sebulan. Ia tidak sepatutnya berlaku kerana saya duduk bersendirian,” katanya. 
Abdul Molok Abdul Gani, 65, berkata, dia mengambil pelbagai inisiatif untuk mengatasi masalah itu termasuk membina tiga tangki dengan setiap satunya berharga RM320 dan memasang pam penggalak. “Namun, itu semua tidak dapat menyelesaikan masalah air ini khususnya apabila tiba musim perayaan atau cuti panjang,” katanya. 
Malah katanya, penduduk sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak atasan berhubung masalah tersebut, malahan perkata itu pernah disiarkan di sebuah rancangan televisyen. “Kesudahannya, mereka datang menjalankan kerja baik pulih. Namun hanya bertahan untuk seketika kerana masalah ini berulang semula tidak lama selepas itu. 
“Malah, mereka juga ada membina tangki dan pam penggalak. Namun saya dapati tangki dan pam itu seperti tidak berfungsi. Pembinaannya merupakan satu bentuk pembaziran,” katanya. Mohd Farid Mohd Marzuki, 26, pula berkata, setiap kali dia dan adik-beradik lain pulang ke kampung, mereka akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan air. 
“Kami pernah mandi dan menggunakan air di surau kerana air di rumah tidak mencukupi walaupun ditadah semalaman,” katanya. 


Note: Ini Negeri Pakatan Rakyat ke??
SEJARAH PALESTINA



Tanggal 15 Mei 1948 merupakan tarikh yang amat penting untuk disingkap oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya.
Pada tarikh tersebut, penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin telah diisyhtiharkan secara rasminya. Peristiwa tersebut turut dikenali sebagai “nakbah”. Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar.
Dalam peristiwa nakbah, Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800 ribu orang daripada sejumlah 1.39 juta) ke luar negara, manakala 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.
Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.
Rejim Zionis telah bertindak di luar batas kemanusiaan. Nyawa penduduk Palestin bagaikan tiada nilai di mata mereka. Pelbagai peristiwa pembunuhan beramai-ramai telah berlaku sepanjang peristiwa Nakbah.
Antaranya peristiwa yang paling tragis ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 kanak-kanak.
Petugas Palang Merah dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak.
Sejarah kejatuhan bumi Palestin ke tangan Yahudi bermula apabila Britain melalui setiausaha negara hal-ehwal luarnya, Arthur Balfour, telah mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 2 November 1917 yang menjanjikan masyarakat Yahudi satu tanahair di Palestin.
Pengisytiharan itu telah digelar ‘Ominous Declaration’ (Pengisytiharan Celaka).
Palestin menjadi isu antarabangsa apabila kerajaan Britain pada 2 April 1947 mendesak supaya isu Yahudi dan Palestin dimasukkan sebagai agenda PBB. Tidak lama selepas itu, sebuah Jawatankuasa antarabangsa telah ditubuhkan untuk mengkaji dan membuat laporan mengenai isu Palestin.
Cadangan dasar jawatankuasa ini adalah pembahagian wilayah Palestin yang tidak adil iaitu kepada negara Arab dan negara Yahudi yang merdeka, dan Jerusalem (Baitul Maqdis) diletakkan bawah tanggungjawab antarabangsa. Jelas sekali bahawa PBB sendiri bersubahat dalam proses pendudukan haram Yahudi di Palestin dan menjadi boneka kepada Yahudi.
Penderitaan yang dialami oleh penduduk palestin hingga kini masih belum berakhir walau mereka telah mencuba pelbagai cara dalam usaha untuk membebaskan bumi Palestin dan mendapatkan kembali hak-hak mereka yang telah dirampas di tanah suci tersebut.
Antaranya, dengan melalui perjanjian damai, persidangan, perundingan, dengan mengikut pelan damai yang dianjurkan oleh PBB dan sebagainya. Bagaimanapun, kesemua cara ini telah menemui kegagalan.
Oleh kerana semua cara ini tidak berhasil, maka rakyat Palestin telah memilih jalan lain untuk merungkai permasalahan yang menimpa mereka iaitu dengan kebangkitan, penentangan dan perjuangan jihad.
Dalam usaha membebaskan negara sendiri daripada cengkaman penjajah, penduduk Palestin telah dilabel sebagai pengganas oleh Israel dan sekutunya. Mereka cuba untuk mengaburi mata masyarakat dunia melalui media massa yang sering memperlihatkan dan menonjolkan penduduk Palestin sebagai pengganas.
Yahudi mendakwa bahawa mereka menjadi mangsa kekejaman penduduk Palestin sedangkan pengganas yang sebenar adalah mereka sendiri. Yahudi turut mendakwa bahawa mereka adalah penduduk asal bumi Palestin semenjak zaman nabi Musa lagi.
Namun hakikatnya, kedatangan mereka ke Palestin bukanlah sebagai pemilik tetapi sebagai imigran pada ketika itu. Dan kini mereka bertapak di bumi Palestin melalui kolonialisasi.
Dakwaan bangsa Yahudi bahawa faktor sejarah menjadikan mereka lebih berhak ke atas Palestin tidak berasas. Mereka hanya sempat memerintah sebahagian kecil kawasan di bumi Palestin, malahan pemerintahan mereka hanya berlangsung selama empat kurun, sedangkan pemerintahan Islam berlanjutan selama 12 kurun (636 M – 1917 M).
Ramai daripada Yahudi juga suatu ketika dahulu telah meninggalkan Palestin dan hubungan mereka dengan tanah itu terputus untuk hampir 18 kurun lamanya (135M hingga 20M).
Manakala penduduk asal Palestin pula tidak pernah meninggalkan bumi Palestin untuk selama 4,500 tahun hinggalah kepada pengusiran secara paksa oleh kumpulan pengganas Yahudi pada tahun 1948.
Namun mereka tidak pernah menyerah kalah, malah terus berusaha untuk menegakkan kembali hak mereka ke atas bumi Palestin.
Sesungguhnya tragedi yang menimpa penduduk Palestin merupakan isu yang melibatkan seluruh umat Islam di dunia. Kepentingan Palestin bagi umat Islam amat jelas berdasarkan al-Quran dan hadis – ia adalah bumi suci tempat ramai para rasul dilahirkan dan wafat di sana.
Ia juga medan perjuangan mereka untuk menegakkan kalimah tauhid. Bumi Palestin juga telah dimuliakan oleh Allah dengan kewujudan masjid al-Aqsa. Masjid ini di samping menjadi kiblat pertama umat Islam, juga antara masjid yang dimuliakan Allah dan tanah suci ketiga setelah Makkah dan Madinah.
Rasulullah bersabda, “diutamakan (digandakan) solat di Masjidil Haram atas yang lain dengan seratus ribu solat, dan di masjidku dengan seribu solat dan di Masjid Baitul Maqdis dengan lima ratus solat” (hadis riwayat at-Tabrani, martabat hassan).
Selain itu, Baitul Maqdis merupakan kiblat umat Islam. Umat Islam bersolat berkiblatkan masjid itu di sepanjang kehidupan Rasulullah di Mekah sebelum berhijrah dan juga selama 16 bulan pertama baginda di Madinah. Selepas itu Allah mengarahkan agar kiblat bertukar ke arah Kaabah di Mekah.
Baitul Maqdis juga merupakan tempat berlakunya Israk dan Mikraj.
Firman Allah: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati di sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami (al-Isra’: 1)
Terdapat juga beberapa ayat lain di dalam al-Quran dan beberapa hadis Rasulullah yang menggambarkan keistimewaan Baitul Maqdis. Allah SWT memuliakan tanah-tanah di sekelilingnya yang menyebabkan para sahabat Rasulullah sangat menyayangi bumi Palestin.
Malah ketika Umar al-Khattab menjejakkan kakinya ke kawasan ini buat pertama kalinya, beliau telah mengumumkan bahawa seluruh bumi Palestin itu adalah merupakan waqaf kepada generasi umat Islam akan datang.
Realitinya, umat Islam pernah menguasai Baitul Maqdis selama 12 kurun dan memelihara kesucian kota ini, selepas ia dicemari tangan-tangan kufar berkurun lamanya. Kini, Baitul Maqdis kembali ke tangan kufar, maka siapakah yang akan mengembalikannya ke tangan umat Islam?
Sesungguhnya Palestin bukanlah milik orang-orang Palestin sahaja, Baitul Maqdis bukanlah tempat suci mereka sahaja dan Masjidil Aqsa bukanlah milik mereka sahaja tetapi milik kaum muslimin dari timur sampai ke barat.
Ia juga milik umat Islam generasi kini dan akan datang hingga hari kiamat. Oleh yang demikian, perjuangan untuk membebaskannya daripada tangan-tangan kufar adalah perjuangan kita bersama.
(Diambil dari Haluan Palestin)
           RAJA MAKSIAT????SLURPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP

Nantikan versi baru filem BOHSIA 2....kikikikikikiki....raja mana ni??????nantikan....nantikan...NANTIKANNNNN....kikikikikikiki.......
macam mana nak jadi ketua agama???
macam mana nak pimpin rakyat jelata???
diri sendiri brpesta seks
berjiwa anjing...kah3
kah....slurppppppppp


TURUN TURUN 30 OGOS KE DATARAN MERDEKA



MAT SABU SEERU KUNINGKAN AMBANG MERDEKA - harakah daily

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) menyeru semua pihak memakai baju kuning dan keluar bersantai beramai-ramai di Dataran Merdeka pada malam 31 Ogos ini.

"Bukan tunjuk perasaan. NGO akan adakan sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka dengan keluar bersantai sambil pakai baju kuning.

"Kita semua meriahkan sambutan Merdeka dan keluar bersantai pakai baju kuning di Dataran Merdeka.

"Bukan tunjuk perasaan... (tetapi) bersantai pakai baju kuning," katanya dalam ceramahnya di sini malam tadi.

Khamis lalu, sebanyak 20 badan bukan kerajaan (NGO) menyatakan akan mengadakan sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka untuk mengingatkan kerajaan berhubung janji-janji bagi memastikan wujudnya pilihan raya bersih dan adil.

Pengerusi Bersama Bersih A Samad Said berkata, program yang dinamakan "Janji Bersih" itu akan menyaksikan pesertanya memakai pakaian kuning sebagai lambang perjuangan menuntut reformasi sistem pilihan raya.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai program tersebut selepas ceramahnya itu, Mohamad berharap rakyat akan menjadikan sambutan Hari Merdeka tahun ini sebagai yang paling meriah dan bersejarah.

"Kita tidak menunjuk perasaan. Kita sambut Hari Merdeka bersama-sama rakyat yang berkumpul di Dataran Merdeka pada malam itu.

"Kalau ada pun perbezaan, slogan NGO yang meminta kita sambut Merdeka pakai baju kuning itu hanya berbeza satu perkataan sahaja dengan slogan yang digunakan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).

"Kerajaan Umno BN guna slogan 'Janji Ditepati', NGO tersebut guna slogan 'Janji Bersih'," katanya sambil menekankan bahawa tidak ada undang-undang yang mengharamkan rakyat keluar bersantai memakai baju kuning.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menggesa NGO berkenaan agar tidak "mempolitikkan" sambutan ambang merdeka dengan turut sama di Dataran Merdeka dengan berbaju kuning.

Menjawab gesaan polis itu, A Samad berkata, program "Janji Bersih" pada 31 Ogos di Dataran Merdeka berhasrat menuntut janji reformasi pilihan raya dan bukannya berniat mempolitikkan sambutan kemerdekaan.

Beliau menegaskan, adalah tidak wajar bagi polis melarang rakyat memakai baju berwarna kuning.

"Sepatutnya tiada halangan apa-apa baju pun orang nak pakai apatah lagi kuning bukan warna haram," tegas beliau.




NOTA:
adalak kita untuk warna apa yang kita pakai
adalah hak kita dimana kita hendak bekumpul

selama 55 tahun kita telah ditakut-takutkan kan:

kini kita telah jadi berani
kini kita bangun melawan
kini kita mahu tumbangkan kerajaan
kini kita mahu humbankan united malays national organisation

rakyat berani tidak akan ditipu
rakyat sekolah musuh akan kalah
rakyat melawan jadi ribut taufan

mari bersama jadi berani!
  
                               BANDAR JENGKA KINI BUKAN LAGI HAK BUMI PUTRA
Jengka adalah salah satu gugusan felda yg terdapat di negara kita malaysia.Terletak di negeri pahang di dalam daerah maran.Ia mempunyai 25 buah perkampungan bermula dari felda jengka 1 sehingga felda jengka25..Ia sungguh terkenal dengan panggilan segitiga jengka kerana keseluruhan perkampungan berbentuk segitiga apabila dilihat dari dalam peta..Mempunyai sebuah bandar yg khususnya diusahakan oleh peniaga2 melayu.satu2nya bandar melayu di dalam malaysia.

Namun,setelah 54 tahun merdeka,janji umno mempertahankan melayu di bandar jengka ternyata musnah..tanah yang dianugrahkan kepada YB Dato zainal bin hassan dari parti gerombolan telah dijual kepada kaum cina...tanah yg dibangunkan kedai2...dijanjikan utk dijual kepada melayu kini dijual kepada cina dgn harga yang tinggi...

Ternyata umno menyimpan bekas2 ahli yg tak boleh di pakai.mengira keuntungan tanpa memikirkan bangsa.kini bangsa cina dah berjaya mmasuki bandar jengka setelah sekian lama mengidamkannya....mengidamkan utk memampuskan melayu.bukan susah untuk menjahanamkan perniagaan melayu.hanya control market.bermula dengan kedai RM2 dan kini sedikit demi sedikit cina menapak..PAHANG MOTOR,VERNS,PASARAYA TEN TEN juga akan menyusul...boleh dikatakan 70% bangunan baru di bandar jengka di konker oleh cina.apa ni????mana janji hidup melayu????jnji tahi??

Bermula dipinggir2 bandar,kini jengka terus merasakan bahang kemasukan cina..org melayu cakap saja mahu menjaga melayu..kalau xnak cina masuk boikot kedai dia!!!tp x mungkin..kahkahkah....barang murah dari melayu mesti lah ramai pergi!!!aku pun ada pegi..kahkahkahkah...jadi mcam mana janji manismu umno/ gerombolan????

memang di dalam islam tidak dibenarkan assobiyyah...assobiyah bermaksud hiduo berpuak2...cina nak masuk apa salahnya...tp sperti yg dikatakan oleh ustaz tuan ibrahim bin tuan man,bukan xnak bg cina masuk tp ingin bg pluang kepada melayu..beliau kecewa dgn sikap2 pmimpin umno yg hanya pikirkan poket sndiri...semasa beliau pgang satu penggal lepas beliau tetap pertahankan bandar jengka dari kemasukan bangsa lain...ini apa dah jadi????????bandar satu malaysia????abis melayu nak kerja apa bisnes bankrap?????hahahahahahhaa....cop sawit???toreh getah????taukeh2 mau ka kerja menoreh?

INI GAMBAR PASARAYA YANG ADA DI BANDAR JENGKA YANG MUNGKIN JANGKA HAYATNYA TIDAK PANJANG JIKA TESCO ATAU TUNAS MANJA ATAU MYDIN CUBA MENAPAK DI BANDAR JENGKA!JADI????ANDA BAGAIMANA???MASIH PRO DLAM GEROMBOLAN UMNO TAHI???KEH3 KEH3 KEH3 KEH3
























KE MANA PARTI RAKYAT MALAYSIA MENGHILANG?


PRM adalah satu2nya parti politik berhaluan kiri yang di tubuhkan sebelum merdeka yang masih wujud sehingga kini. PRM yang telah di asaskan oleh Presiden pertamanya Ahmad Boestamam adalah kesinambungan daripada Kesatuan Melayu Muda(KMM) yang di tubuhkan pada tahun 1937 dan apabila ianya di haramkan oleh pemerintah Jepun maka aktivis2nya telah menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM) pada tahun 1945 sebagai sebuah wadah untuk menuntut kemerdekaan.

Pada tahun 1946 PKMM telah mewujudkan cabang pemudanya yang di berinama Angkatan Pemuda Insaf(API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam di samping cabang wanitanya yang di beri nama Angkatan Wanita Sedar (Awas) yang telah di pimpin oleh Shamsiah Fakeh. Namun begitu pihak British telah melihat parti2 ini mendatangkan bahaya kepada kelansungan pemerintahan mereka lalu telah mengistiharkan darurat dan parti2 politik ini telah di haramkan.

Ramai aktivis parti parti dan pertubuhan pro kemerdekaan telah di tahan di bawah undang2 darurat. Antara yang di tahan ialah Ahmad Boestamam iaitu ketua API

Perintah darurat telah mengakibatkan segala aktiviti menuntut kemerdekaan hampir lumpuh. Maka dengan itu beberapa aktivis yang tidak dapat di tahan oleh pihak British telah mengambil keputusan untuk masuk ke hutan dengan memulakan perang gerila menentang British. 

Dr Burhanudin pula telah berjaya meloloskan diri ke Singapura dan terselamat daripada tangkapan kerana pada waktu itu Singapura masih belum di laksanakan perintah darurat.

Selepas di bebaskan Ahmad Boestamam telah menubuhkan PARTI RAKYAT iaitu pada 11 November 1955. Parti ini kemudiannya telah bergabung dengan Parti Buruh dengan membentuk Barisan Sosialis dan telah berjaya memenagi 8 kerusi Parlimen pada PRU 1959. Barisan Sosialis juga telah berjaya menguasai banyak kerusi-kerusi Majlis Kerajaan Tempatan memaluli pilihan raya kerajaan tempatan.

Namun begitu Barisan Sosialis akhirnya terpaksa di bubarkan dan Parti Rakyat kembali bergerak secara solo sebagai antara parti pembangkang utama negara pada ketika itu. Pada tahun 1970 parti ini telah di tukarkan namanya kepada PARTI SOSIALIS RAKYATMALAYSIA(PSRM) yang telah di pimpin oleh Kassim Ahmad

Pihak kerajaan telah mengambil kesempatan daripada pertukaran namaParti Rakyat kepada Parti Sosialis untuk mebuat propaganda bahawa PSRM adalah sebuah parti komunis untuk menjauhkan sokongan rakyat kepada parti ini. Ramai pemimpin parti ini telah di tahan di bawah undang-undang ISA. 

Bermula daripada itu bermulalah zaman kegelapan PSRM dan parti itu telah gagal untuk mendapatkan kerusi untuk setiap kali Pilihanraya. 

Setelah parti itu di pimpin oleh Kampo Radjo sekali lagi parti itu telah membuat perubahan kepada nama parti dengan mengugurkan perkataan Sosialis dan hanya menjadikan parti itu sebagai Parti Rakyat Malaysia(PRM).

Namun begitu di era kepimpinan Dr SyedHusin Ali congress parti pada tahun 2003 telah mengambil keputusan untuk membubarkan PRM dan ahli parti itu menyertai Parti keADILan Nasional (keADILan) yang kemudiannya telah bertukar kepada Parti Keadilan Rakyat(PKR) setelah bergabung dengan ahli PRMSyed Husin Ali telah di lantik menjaditimbalan Presiden parti itu. 

Walaupun mendapat sokongan majority daripada perwakilan parti di atas usul untuk bergabung dengan keADILan namun beberapa ahli jawatankuasa tertinggi parti itu membantah dan kemudiannya telah menghidupkan semula parti itu di bawah kempimpinan Hasan Karim.
Walaupun begitu parti ini telah di lihat tidak lagi mampu untuk bangun semula seperti awal kebangkitannya. Mungkin melihat kepada itu Hasaan Karim telah mengusulkan agar parti itu menjadi satu kompenan parti Pakatan Rakyat

Hasratnya itu telah di tentang oleh majority ahli parti kerana sejarah ahli PRM yang memasuki PKR telah membuktikan bahawa mereka sebenarnya terpinggir di dalam PKR. Mungkin nama-nama ahli PRM yang memasuki PKR hanyalah tinggal seperti Dr Syed Hussin Ali dan Latefa Koya sahaja

Hala tuju dan ideology perjuangan Pakatan Rakyat yang tidak jelas dan bertentangan dengan prinsip perjuangan PRM juga adalah salah satu sebab mereka menolak untuk bersama dengan pakatan Rakyat. 


Sebenarnya PRM memerlukan satu suntikan kekuatan untuk kembali menjadi parti yang berada di persada politik tanah air. 

Hanya gah pada nama tidak akan membuat parti itu untuk di terima rakyat di mana rakyat pada hari ini lebih cenderong untuk memilih antara BN dan PR. 

PRMsepatutnya menjadikan Parti Sosialis Malaysia(PSM) sebagai satu paradigma kepada mereka di dalam membangunkan semula parti yang di warisi Boestamam itu. 

PSM yang bangun dengan kekuatan akar umbi juga tidak bersama dengan Pakatan Rakyat namun kehadiran parti itu telah menjadi satu alternative kepada rakyat yang mula melihat kecelaruan parti2 politik yang ada pada hari ini sama ada di pihak BN ataupun PR.

Kini telah tiba masanya untuk pemimpin PRM memikirkan sama ada mahu terus untuk menjadi parti kelansungan sejarah parti politik Malaysia dengan berbangga dengan asal usul parti itu ataupun memilih untuk bangun semula menjadi parti politik marhaen seperti satu ketika dahulu. Namun begitu apakah PRM mampu untuk bangkit semula kerana jika dii lihat akar umbi parti ini hanyalah tinggal mereka2 di kalangan veteran parti. 

PRM sudah tidak lagi kedepan dalam menagani isu-isu masyarakat marhaen. Generasi muda kini sudah tidak lagi mengenail PRM. Lambang Seladanyang menjadi kebangaan aktivis parti suatu ketika dahulu kini sekadar menjadi perhiasan di rumah mereka. (mungkin juga sebagai lambang Restoran Kepala Ikan Garry iaitu pengerusi PRM P.Pinang). 

Untuk menyertai pilihan raya PRM sudah pasti tidak akan di beri ruang sama sekali oleh PR yang sudah sedia ada kerusi yang mereka miliki sama ada kerusi yang mereka menang atau mereka kalah di dalam PRU yang lalu. 

Jika PRM mahu juga menyertai pilihan raya maka sudah pasti pati ini akan menghadapi pertandingan 3 penjuru. Di saat rakyat hanya mahu memilih antara BN dan PR apakah mereka sedia memilih logo parti berlambangkan Seladang yang tidak mereka kenali untuk mereka undi? Begitu juga dengan pimpinannya yang tidak lagi di kenali seperti Syed Husin Ali, Kassim Ahmad dan Kamarulzaman Teh iaitu seorang tokoh pejuang kemerdekaan dari Pahang.



Oleh itu jika pemimpun PRM merasakan mereka adalah pejuang rakyat yang berprinsip dan sama sekali tidak akan mengadai perjuangan maka mereka sepatutnya melepaskan ego mereka untuk terus mempertahankan parti yang mereka sendiri sedar bahawa parti mereka adalah parti yang “Hidup segan mati tak mahu”. Mungkin istihad mereka untuk bergabung dengan PKR adalah satu kesilapan tetapi tidak mustahil jika kali ini mereka memilih parti yang benar-benar menjiwa perjuangan rakyat sebagaimana PRM suatu ketika dahulu. 

Ini adalah lebih baik daripda menyertai parti-parti di dalam Pakatan rakyat yang di lihat kini penuh dengan permainan politik. Parti yang di maksudkan itu adalah Parti Sosialis Malaysia yang kinisebuah parti marhaen yang di pimpin oleh aktivis2 sentiasa hidup dengan penderitaan rakyat. 

Apatah lagi pengerusi parti ini sendiri adalah salah seorang daripada pimpinan PSRM pada suatu ketika dulu yang telah di uji ketahanan prinsip perjuangannya. Jikalah benar pimpinan PRM sekarang tidak pernah memikirkan jawatan dan kepentingan maka sudah sepatutnya mereka memikirkan agar PRM di semadikan dan mereka teruskan amanah perjuangan Boestamam dengan memilih PSM sebagai satu wadah perjuangan yang baru.

Saturday, 11 August 2012

INI RUMAH ATAU REBAN??????

Di malaysia atau di india???gambar ini diambil di tanjong lengkong, selama negeri  perak....sejak 50 tahun mrdeka malaysia yg gah dgn janji ditepati masih mmpunyai rakyat yg susah sperti ini!!!